JoyAmaze mencari wakil jualan (PROMOTER) yang berdedikasi di seluruh negara. Dengan lebih 100 kekosongan di seluruh negara, carilah kejayaan kerjaya anda dalam Industri Produk Minuman Kesihatan yang sedang berkembang maju.
PROMOTER
– Sepenuh Masa / Separuh Masa
– Seluruh Malaysia
– Perlis – Kedah – Pulau Pinang – Perak – Selangor – Wilayah Persekutuan – Melaka – Negeri Sembilan – Johor – Pahang – Terengganu – Kelantan – Sarawak – Sabah
Cari kejayaan kerjaya anda dalam Industri Produk Minuman Kesihatan yang sedang berkembang maju. Sertai Pasukan Jualan kami di mana anda akan bertanggungjawab menjual produk Minuman Kesihatan yang berinovasi dalam membimbing pelanggan anda untuk mempunyai kehidupan yang sihat.
Gunapakai kepakaran jualan anda untuk mendapatkan pelanggan. Anda akan dibantu oleh Pasukan Pemasaran kami yang berdedikasi. Bagi setiap jualan yang berjaya, anda akan diberi komisyen serta insentif bonus yang selesa selain dari dengan bayaran Gaji Asas.
KETERANGAN KERJA
1. Mendemonstrasi, memperkenal, menjual dan memberikan maklumat produk, syarikat dan jenama untuk mendapatkan pelanggan.
2. Berkomunikasi dan memberikan servis terbaik kepada pelanggan pada setiap masa.
3. Mengedarkan sampel produk, brosur, dan lain-lain media pemasaran untuk mempromosikan jenama dan produk di rangkaian kedai.
4. Mencapai sasaran jualan, mempromosi dan merekodkan jualan. Memastikan kebersihan dan kekemasan kawasan promosi/rak pameran agar dapat menarik minat pelanggan.
5. Mengenalpasti keperluan pelanggan, memahami kehendak dan mencadangkan produk yang bersesuaian.
6. Memasang serta mengemas gerai pameran dan rak promosi, mengira dan menambah stok produk. Mengemaskini stok produk secara mingguan/bulanan.
7. Belajar, menghafal dan mengingati segala aspek berkaitan produk termasuklah harga, kaedah menarik minat pelanggan, kesediaan stok dan sebagainya apabila disoal oleh pelanggan.
SYARAT LANTIKAN.
1. Mempunyai keinginan yang tinggi untuk memulakan karier atau meningkatkan kerjaya jualan ke peringkat yang seterusnya.
2. Berpengalaman menjual Produk Minuman Kesihatan, Promoter atau Jurujual (sekiranya ada, merupakan satu kelebihan)
3. Bersemangat untuk belajar dan meningkatkan pengetahuan dan bermotivasi untuk mencapai sasaran jualan.
4. Memahami kehendak pelanggan dan boleh menangani pelbagai personaliti pelanggan.
5. Mempunyai skil mendengar, berkomunikasi dan servis pelanggan yang baik
6. Boleh bekerja di persekitaran pasar raya besar, farmasi atau rangkaian kedai . Sanggup bekerja pada hujung minggu dan cuti am.
7. Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM dan ke atas. Lepasan sekolah menengah juga digalakkan memohon.
8. Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Cina
9. Kekosongan terbuka kepada jawatan secara Sepenuh Masa atau Separuh Masa
10. Lebih 100 kekosongan di seluruh negara
FAEDAH YANG AKAN DIPEROLEHI
• Orientasi dan latihan disediakan – untuk mempertingkatkan kepakaran jualan dan industri
• Gaji asas dan komisen yang memuaskan.
• Peluang untuk meningkatkan kadar pendapatan komisyen melalui jualan permulaan dengan mengekalkan kadar jualan dan keuntungan yang konsisten.
• Peluang mempertingkatkan kerjaya dalam bidang jualan Minuman Kesihatan yang menggalakkan keseimbangan kerja dan kehidupan.
BERMINAT?
Sila SMS / Whatsapps / We Chat maklumat anda kepada :-
Show contact number
Nama :
Umur :
Alamat :
Jawatan Terakhir :
Gaji Terakhir :
Tempoh Bekerja Sebelum Ini :
Job Info:
Salary: RM 100 per day
Job Type: Non-Executive
Contract Type: Contract
Experience Level: Any
Category: Sales | Retail/Promoters | Events/Usherers
Job Location: Selangor (Subang Jaya)
Application Deadline: 30 Jun 2016
Email Address to Receive Resumes: khaironisma@joyamaze.com