Salam. Kami sedang mencari seorang calon untuk menjadi pengurus di cafe / restoran kami yang sedang berkembang. Gaji permulaan 1400 – 1600 dan ganjaran lain. Kelulusan min Diploma. Mesti berpengalaman dalam bidang F&B > 1 tahun. Sertai kami untuk kerjaya gemilang dalam industri F&B.
Ciri-ciri calon yang dicari:
• Wanita muslimah bertudung
• Berumur 21 – 35 tahun dan MASIH BUJANG
• Kelulusan minima Diploma (ada ijazah satu kelebihan)
• Pengalaman > 1 tahun dalam industri F&B (lebih lama dari itu satu kelebihan)
• Tinggal tidak lebih 30km dari Selayang
• Mempunyai kenderaan sendiri (ada kereta satu kelebihan)
• Sihat tubuh badan
• Kebolehan komunikasi yang baik (bertutur + menulis dalam BM & BI)
• Bersikap jujur, amanah, menepati masa, rajin, berdedikasi dan berdisiplin
• Mempunyai ciri kepimpinan tinggi untuk memimpin sebuah pasukan
• Boleh menggunakan komputer
• Sedia bekerja lebih masa dan pada hari cuti umum (jika diperlukan sahaja)
• Boleh berulang-alik antara 2 cawangan (tak jauh pun, dalam 5km sahaja)
• Sedia menjalani “on the job training”
Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan:
• Merekrut pekerja dan memastikan pekerja sentiasa berada dalam keadaan tip-top dan terlatih
• Menyampaikan produk dan servis yang berkualiti tinggi
• Memastikan stok bahan mentah dan produk sentiasa tersedia
• Menguruskan aliran tunai cafe
• Merancang aktiviti pemasaran untuk cafe
• Memastikan cafe beroperasi secara cekap dan sistematik
• Meningkatkan jualan cafe dan memajukan cafe secara keseluruhannya
• Memastikan cafe mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh kementerian dan PBT
• Menyediakan laporan ringkas secara harian
Faedah dan ganjaran yang ditawarkan (dalam tempoh percubaan):
• Gaji RM1400 – 1600
Faedah dan ganjaran yang ditawarkan (selepas tempoh percubaan):
• Gaji lebih tinggi
• Elaun pengangkutan dan telefon
• Cuti tahunan
• Kemudahan perubatan
• Caruman KWSP & SOCSO
• Perkembangan kerjaya dan diri ke tahap lebih tinggi
• Dan juga ganjaran-ganjaran lain!
Jika anda memenuhi syarat-syarat di atas, sila email kan RESUME BERGAMBAR anda dengan segera ke:
laxuree@gmail.com / sales@laxuree.com
Calon yang disenaraipendek akan dihubungi untuk temuduga.
Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi En Khalid 0192183800.
Terima kasih dan sertailah “keluarga” kami untuk kerjaya gemilang dalam industri F&B 🙂
Job Info:
Salary: RM 1 600 per month
Job Type: Non-Executive
Contract Type: Full-time
Experience Level: 1-3 years
Category: Sales | Customer Svc/Call Centre | Food/Restaurants/Cafe
Job Location: Selangor (Selayang)
Application Deadline: 12 Apr 2015