Customer Service – Penang – Privilege Harvest Sdn Bhd

Calon yang berjaya akan ditugaskan untuk bekerja di bahagian hadapan restoran sebagai duta
yang akan menyambut kehadiran tetamu dan seterusnya berfungsi melayan para tetamu
mengikut SOP yang ditetapkan.

Anda akan dipertanggungjawabkan antara lainnya seperti berikut:
• Menyambut kehadiran para tetamu.
• Memberikan layanan terbaik kepada tetamu mengikut SOP yang ditetapkan.
• Mengambil pesanan makanan dan minuman daripada tetamu serta menghidang makanan.
• Mempromosi hidangan makanan/minuman seperti yang diarahkan dari masa ke masa.
• Mempastikan dan melaksanakan kerja-kerja berkaitan kebersihan, kekemasan serta hiasan
ruang makan restoran, persekitaran luar restoran dan bilik air tetamu.
• Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual terhadap peralatan-peralatan di ruang
makan restoran.

Kami mencari anda yang mempunyai skil dan kebolehan seperti:
• Mempunyai perwatakan menarik, tinggi keyakinan diri dan mudah berkomunikasi.
• Mampu berbahasa Melayu dan Inggeris dengan baik adalah satu kelebihan.
• Boleh bekerja dalam berkumpulan dan dapat bekerjasama dengan orang lain sebagai
satu team.
• Berkebolehan untuk melaksanakan pelbagai kerja (multi tasking)

Imbuhan dan pendapatan:
Gaji + Overtime + Elaun = antara RM1100 – RM1300.
Insentif jualan.
Cuti tahunan.
EPF & Socso.

Waktu kerja:
10.30pagi – 2.30ptg & 5.30ptg-10.30mlm

TERBUKA JUGA UNTUK PART TIMER.

Email resume anda ke: hr.privilegeharvest@gmail.com

Sesi temuduga akan diatur SEGERA.

Job Info:
Salary: RM 1 200 per month
Job Type: Non-Executive
Contract Type: Full-time
Experience Level: < 1 year
Category: Sales | Customer Svc/Call Centre | Food/Restaurants/Cafe
Job Location: Penang (Sungai Ara)
Application Deadline: 30 Nov 2016