Maideasy ialah sebuah syarikat teknologi yang menggunakan sepenuhnya penggunaan teknologi dalam menyelesaikan masalah dalam industri housekeeping. Penggunaan teknologi terkini digunakan sepenuhnya dalam menawarkan housekeeper berkualiti mengikut permintaan pasaran.
Kami di Maideasy sedang mencari seseorang yang bermotivasi tinggi dan individu yang berdedikasi tinggi sebagai Recruitment Manager bagi meningkatkan jumlah penawaran krew di dalam Maideasy. Recruitment Manager harus mampu untuk menjalankan program bagi menarik minat calon yang sesuai untuk menjadi sebahagian daripada krew Maideasy dan juga meningkatkan kesedaran kepada umum tentang kelebihan bekerja sebagai krew Maideasy dari segi bayaran dan masa kerja yang fleksibel.
Calon mestilah:-
1. Mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak ke lokasi bagi mempromosikan Maideasy dan
menjalankan program berkenaan Maideasy.
2. Mengenal pasti kawasan sasaran untuk program pengambilan pekerja.
3. Mempromosikan program “Maideasy Recruitment” menerusi platform media sosial.
Syarat:-
1.Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya STPM, atau Diploma atau Ijazah.
2.Fasih bertutur dan menulis di dalam Bahasa Malaysia
3.Mampu bekerja dari bawah, berdikari dan bermotivasi tinggi.
Jika anda ialah calon yang kami cari sebagai Recruitment Manager di Maideasy, sila hubungi Meriza Anna di meriza@maideasy.my
Job Info:
Salary: RM 3 000 per month
Job Type: Non-Executive
Contract Type: Full-time
Experience Level: 1-3 years
Category: Admin/Data Entry | Customer Svc/Call Centre | Marketing/PR/Designers
Job Location: Kuala Lumpur (Bangsar South)
Application Deadline: 30 Apr 2017