JOB DESCRIPTION
Kami sedang mencari seorang pembantu akaun cum Admin untuk Neuronworks International Sdn Bhd
Skop Kerja:
1. Membantu menyediakan aset, liabiliti dan akaun modal dengan menyusun dan menganalisis maklumat akaun Syarikat.
2. Membantu mengemaskini dokumen-dokumen transaksi kewangan dengan memasukkan maklumat akaun.
3. Membantu menyediakan pengiraan penyata untung rugi, dan laporan lain serta penyata GST.
4. Melindungi operasi dengan menyimpan maklumat kewangan sulit.
5. Mencatit duit keluar dan masuk & petty cash
6. Failkan maklumat kewangan mengikut bulan.
7. Mencatit setiap cek/tunai masuk dan bank in kedalam akaun.
8. Membantu menguruskan pengeluaran Quotation, Invoice, Resit dll
9. Membantu mengurus,mengawal dan mengambil tindakan susulan mengenai claim dan elaun staf
10. Menyediakan bil-bil utiliti bulanan untuk dibayar.
11. Seorang yang multi tasking (kerja-kerja semasa yang lebih urgent) serta boleh bekerja dalam pengawasan minimum
12. Membantu kerja-kerja admin syarikat
13. Boleh mendengar arahan dengan baik & Boleh kerja dibawah tekanan.
Ciri – ciri :
– Menepati masa.
– Mempunyai kemahiran berkomunikasi (PR) yang baik.
– Melaksanakan lain lain tugasan yang diarahkan oleh majikan dari masa ke semasa.
– Mempunyai tahap kesihatan yg baik
– Seorang yg ramah,cekap,berdedikasi, & amanah serta cepat belajar sesuatu perkara yang baru.
– Berpenampilan kemas dan sopan
– Tinggal di area Puchong atau berdekatan
– Mempunyai lesen memandu & kenderaan sendiri
– Boleh bekerja lebih masa
– Serius untuk kerja lama (part time @ sementara tidak diterima)
– Mempunyai minat untuk explore bidang account, komunikasi, imej dan penganjuran acara.
– Fresh Graduate amat digalakkan untuk memohon
Pengambilan adalah segera. Emel permohonan anda ke admin@neuronworks.com.my dan cc ke rizalrashid@neuronworks.com.my