Junior Executive in Marketing – Selangor – Gmh Trading & Marketing Sdn Bhd

GMH Trading & Marketing Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Bumiputera di dalam segmen borong, pengedaran, peruncitan dan franchise bagi produk-produk kesihatan & kecantikan yang berkualiti dan mempunyai kelulusan KKM di Malaysia.
KAMI sedang mencari individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan sebagai Junior Eksekutif Pemasaran di Cawangan Seksyen 7 Shah Alam seperti di bawah:

SKOP KERJA :
– Menganalisis peluang pemasaran bagi pasaran baru dan pasaran sedia ada.
– Bertanggungjawab untuk mengemaskini dan membuat promosi secara kreatif di “website”, dan media social syarikat
-Menganalisis dan menyusun strategi penembusan pasaran bagi memaksimumkan keuntungan dan mencapai objektif syarikat.
– Bertanggungjawab mengurus dan mengemaskini data pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan.
– Sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan bagi memastikan kehendak dan keperluan mereka dipenuhi dan mengekalkan hubungan baik dengan mereka.
– Bertanggungjawab menyediakan dokumen cadangan serta laporan bulanan kepada pihak pengurusan.
-Bertanggungjawab dalam pembangunan pemasaran seperti “planning;advertising;public relations;event organisation;product development;distribution; and sponsorship”

KELAYAKAN :
– Calon mesti mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam apa-apa bidang tetapi keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki Diploma Pemasaran atau berkaitan. (Advertising, business or management, communications,IT or computer science AND marketing)
– Mempunyai sekurang-kurangnya 1 hingga 2 tahun pengalaman dalam bidang pemasaran ONLINE.
– Mempunyai kemahiran komputer (Microsoft Office), dan adobe photoshop.
– Calon perlu mempunyai kemahiran pengurusan yang baik, kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran analitikal.
– Bermotivasi diri tinggi, berfikiran positif dan boleh bekerja secara berkumpulan.
– Jujur, amanah dan boleh bekerja di bawah tekanan dan pengawasan yang minima.
– Mempunyai pengangkutan dan lesen memandu yang sah diutamakan.
– Mampu bekerja di luar waktu pejabat.

Faedah yang anda terima:
(1) Potongan KWSP dan SOCSO
(2) Bonus
(3) Insentif Jualan
(4) Uniform percuma
SALARY : RM1800 (RM1500 in 3 month probation) + Elaun kedatangan RM100

Jika berminat, Sila hantar resume anda terlebih dahulu ke alamat email ssamihaz@gmh.com.my / anida@gmh.com.my dengan segera. Anda akan dihubungi semula untuk panggilan temuduga jika layak.

Job Info:
Salary: RM 1 800 per month
Job Type: Executive
Contract Type: Full-time
Experience Level: < 1 year
Category: Admin/Data Entry | Sales | Marketing/PR/Designers
Job Location: Selangor (Shah Alam)
Application Deadline: 31 Aug 2016